Monday, January 24, 2011

Mufti Perak Melauahkan Perasaan Lagi.

Mufti Perak meluahkan perasaan kecewanya kerana terdapat penulis-penulis blog yang melabelkannya dengan nama baru Haramsani dan maki hamun yang di katakannya dari kelompok yang nampak cantik kerana memperjuangkan Islam.Tan Sri Mufti seolah-olah meletakkan dirinya tidak bersalah dan berdosa tetapi sebaliknya orang yang menghentamnya yang bersalah.

Bagi saya perbuatan caci-maki dan tuduh orang tak betul tidak akan timbul jika Tan Sri Mufti cermat dan menjaga ahlak Islam. Tan Sri Mufti Perak juga bukan sempurna sangat, beliau pernah menjadi perokok yang tegar ketika berjawatan Mufti. Adakalanya mengaibkan kerana merokok terlalu kuat bak kata orang  tak mati puntung. Kalau dia tidak sependapat dengan orang lain maka terpacul dari mulutnya seperti samseng "Itu Dia Punya Pasal".

Apabila ditanya tentang tanggung-jawabnya pada agama, maka selalunya beliau cuci tangan dengan berkata "Tanggung jawab saya sudah selesai, tanggung-jawab seterusnya adalah pemerintah".Dia adakalanya nampak tegas dan garang tetapi tidak pandai berhujah dengan baik.

Nasihat saya pada Tan Sri Mufti, jika tidak mahu di perlekeh oleh orang terutamanya dari PAS adalah lebih baik berfatwa secara khusus. Contohnya tentang ANCAK, fatwakan betu-betul tentang ancak secara tuntas. Jangan pulak meraban mengatakan MB Perak tidak melakukan kesalahan apa-apa. Itulah yang menyebabkan Tan Sri Mufti di maki. Bila masa pulak dia menjadi hakim yang MB tak salah dan orang yang menuduh MB yang salah ?

Oleh itu adab kena jaga. Nak jadi Mufti bukan setakat bijaksana tetapi kena juga bijaksini.