Friday, December 24, 2010

Mufti Perlis vs Mufti Perak.

Itu Perlis punya fasal !!. Ini adalah kenyataan yang biasa keluar dari mulut Mufti Perak. Kenyataan biasa yang terpacul dari mulut yang sama ialah " Tugas saya dah selesai yang lainnya adalah tanggungjawab pemerintah".

Kenyataan Mufti Perlis berbau sedikit akademik tetapi kenyataan Mufti Perak lebih berbau kuasa dan politik.Mufti Perlis menyatakan bahawa "walakah" tak sama dengan "walayah". Saya lebih bersetuju dengan Mufti Perlis demi keadilan. Pernafsiran oleh Wakalah tentang ayat Al-Quran di dalam mahkamah bukanlah muktamad tambahan lagi semua kasus mesti merujuk pada fakta. Keputusan muktamad ialah Hakim. Orang Islam juga adakala tidak memahami Al-Quran dengan baik. Tidak semua Peguam Syarei dikalangan orang Islam yang betul-betul memahami Al-Quran. Yang amat perlu ialah yang menjadi Hakim. Maka syarat menjadi Hakim mestilah berkelususan Agama dan juga Undang-undang Sivil dan juga Syariah, di sampin mempunyai kejujuran dan ahlak yang baik.