Tuesday, November 23, 2010

Dr. Asri dan Dr. Redzuan Tee.

Dua orang ini ikon yang baru muncul di pesada media perdana. Orang duhulu kata penyapu baru, maklum sahajalah baru dapat PHD maka terasa diri sudah sampai kekemuncak pandai.Ada Orang mabuk TODI tapi yang 2 orang ini mabuk PHD maka kedua-dua orang ni macam Pak Pandir. Mereka sangka orang akan dengar cakap dia sebab sudah ada PHD berjela.
Dr. Redzuan Tee seorang Melayu celup (sebab celup perempuan Melayu) kini bersemangat bercakap tentang bangsa Melayu tapi dulu dia kata Melayu tidak mempunyai temaddun seperti bangsa Cina. Dia tak tahu orang Cina dulu zaman Empayar Melaka nak jadi bangsa Melayu hingga pakai kebaya, cakap melayu dan mengamalkan sebahagian Adat Melayu. Maka mereka di panggil Baba Melaka, yang India panggil di Chetti. Tapi sekarang hendak tunjuk hero jadi pejuang Melayu maka jadi lah dia Pak Pandir. Serupa jugalah jikalau Datuk DJ Dave hendak cakap perjuangkan bangsa Melayu kerana dia ahli Umno sedangkan tubuh badan dan jiwa dia sebenarnya adalah Punjabi.

Dr. Asri lebih kurang serupalah , baru dapat PHD dan baru tulis satu dua buku sudah nak membuat perubahan. Setaraf ke dia dengan Dr. Yusuf Qardawi? Setandingkah dia dengan Dato' Seri Anwar untuk membuat perubahan (reformasi) ?
Pernah memimpin organisasikah ? Kalau hendak jadi seperti Prof. Dr. Hamka pun kena jadi pemimpin organisasi, pemimpin persatuan ulama, boleh berpidato dengan baik seperti Prof. Dr. Hamka yang PHDnya di anugerahkan oleh Universiti Al-Azhar kerana mampu memberi pidato yang hebat dalam Bahasa Arab.Ini setakat melonggokkan hadis orang biasapun mampu.Sekarang ini hendak cari ayat Al-Quran atau Hadis di internet tak sampai satu minitpun.
Kalau kita berdebat dengan mereka adakala ternganga- nganga mereka ini.

Maka tidak payahlah layan budak dua orang ini.