Sunday, November 21, 2010

Nasihat pada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Masaalah demi masaalah menimpa Dato' SerI Anwar Ibrahim, kalau terkena orang biasa sudah lama sasau dan menyerah kalah di buatnya. Tapi penghormatan harus di berikan padanya kerana masih dapat bertahan. Dr. Mahathir dulu bila di asak oleh Semangat 46 termasuklah pahlawan anjing tersepit Ibrahim Ali,  masuk hospital orang tua tu dibuatnya. Bila Pairin Kitingan istihar keluar dari Barisan maka terpacul keluar dari mulut Dr. Mahathir yang masih lemah dan kecewa ketika itu (nyaris tak mati) "Habislah kita". Siapa yang berjuang ketika itu ?? Ya!! Dialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Taib, Isa Samad, Muhyiddin Yasin . Maka menanglah BN dengan hanya terlepas Kelantan dan Sabah kepada pembangkang.

Jadi Dato' Seri Anwar tak perlu risau sangat senario sekarang. Hanya berhati-hati pada bekas-bekas Umno dan mereka-mereka yang berjuang untuk periuk nasi.Carilah orang-orang setia terutama dari Abim seperti Dr. Nur Manuti, Dr. Sidek Fadil untuk menguruskan parti bagi membantu saudara Saifuddin Nasution seorang pahlawan yang kental.

Parti Keadilan dahulunya tinggal satu kerusi sahaja di Parlimen dan selalu di sindir akan berkubur. Tetapi kemudianya bangun dengan menang dengan 31 kerusi. InsyaAllah dengan kerja kuat kita akan ke Putrajaya pada PRU13.