Selama ini Mufti Perak agak popular disebabkan keberanian dan kegarangannya membangkitkan sesuatu isu. Ini bermula dengan isu murtad, sureheboh dan beberapa isu lagi. Walau bagaimanapun saya tidak nampak sebarang kejayaan dari apa yang di bangkitkan.Lebih 20 tahun menjadi Mufti tapi bilangan yang memeluk Islam terlalu sedikit. Sepatutnya Perak sudah seluruhnya Islam jika menurut sunnah kejayaan Nabi Muhammad selama 23 tahun menjadi Nabi dan Rasul.
Islam bukan menjadi tarikan kepada India , Cina dan bukan Islam khususnya tetapi di benci dan di takuti kerana pendekatan yang di ambil bukan pendekatan dakwah tetapi pendekatan menakutkan orang bukan Islam seperti kononnya Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu berdalilkan Perlembagaan bukan Al-Quran dan Sunnnah. Kalau zaman dahulu orang bukan Islam takut memeluk Islam sebab masuk Melayu yang menyebabkan kena wajib berkhitan dan luka khitan sembuh untuk jangka masa yang agak lama. Maka orang cina hanya setakat jadi Baba Melaka dan orang India menjadi Chetty sebab takut nak khitan.
Sekarang masuk Islam jadi Melayu sebab dalilnya Melayu itu Islam mengikut perlembagaan kata Mufti Perak.Sekarang mana yang lebih tinggi Al-Quran dan Sunnah atau Perlembagaan ? Mana yang perlu diikut dahulu Allah ke manusia ? Mana yang wajib jika di tinggalkan berdosa dan mana yang wajib jika di tinggalkan tidak berdosa ?
Betul ke pemimpin mesti di kalangan orang Melayu dan ia bersesuaian dengan Hadis Nabi yang mengatakan bahawa pemimpin perlu dari Quraish. Kalau ikut senario politik di Malaysia, ia sama dengan tuntutan orang Ansar yang mahukan jawatan Khalifah kerana mereka penduduk asal Madinah dan orang Muhajirin adalah pendatang Mekah.. Maka kiasan Mufti Perak tak kena lansung.
Begitu juga kononnya kena taat pemimpin seperti taatkan Rasulullah dengan merujuk Perjanjian Hudaibiah. Taat kepada Rasulullah adalah ketaatan Mutlak , jika tak taat menjadi kafir. Tetapi ketaatan pada peminpin bukan ketaatan Mutlak bah ia adalah ketaatan bersyarat dan tidak menjadi kafir.Sebab itu ayat Al-Quran kata "TAATlah kepada Allah, TAATlah kepada Rasul dan Ulil Amri" . Tiada perkataan " taat" pada Ulil Amri secara terus atau Mutlak tetapi di rangkaikan dengan taat kepada Allah , taat ke Rasul.
“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya” -surah an-nisaa- 59
Imam Ibnu Al-Qayyim mengatakan dalam bukunya I’lam al-Muwaqqi’in;
“Allah dalam ayat ini memerintahkan kaum mukmin untuk taat kepadaNya dan taat kepada RasulNya. Dia mengulangi kata ‘taatlah kamu sekalian’ (athi’u) sebagai pemberitahuan bahawa taat kepada rasulNya haruslah dalam bentuk yang tersendiri, dan tidak memerintahkan taat kepada ulil amri secara tersendiri. Dia menghilangkan kata perintah taat kepada ulil amri, dengan maksud bahawa ketaatan kepada mereka berada dalam ketaatan pada Rasulullah s.a.w, sekaligus sebagai pemberitahuan bahawasanya ketaatan pada mereka adalah dalam rangka mentaati Rasulullah s.a.w. Dan oleh kerana itu, barangsiapa yang diangkat menjadi pemimpin dan menentang apa yang dibawa Rasulullah saw maka dia tidak perlu di dengar dan di taati. Ayat ini juga menyinggung persoalan orang-orang yang beriman kadang-kadang berselisih pendapat mengenai sebahagian hukum –sebaimana yang dilakukan para sahabat dalam banyak hal—dan ini tidak membuat mereka keluar dari garis keimanan, apabila merujukkan perselisihan pendapat itu kepada Allah dan RasulNya, sebagaimana di persyaratkan oleh Allah kepada mereka;
“Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. “ an-nisaa 59
- Rujuk Al-Marja’ijjah Al’ulya Fil-Islam Lil-Qur’an
Ketika Abu Zar di buang daerah oleh Usman r.a. Usman memerintahkan tidak seorangpun di benarkan mengiring Abu Zar ke tempat buangan. Walaubagaimanpun Ali r.a mengirng Abu Zar sampai ketempat buangannya. Lantas Usman memanggil Ali bertanya kenapa dia tidak taat kepada perintahnya. Maka di jawab oleh Ali " Aku akan taat kepada perintahmu selagi kamu mengikut Al-Quran dan Sunnah". Kata-kata Ali r.a tidak di bantah Usman dan Ali tidak pula di kenakan tindakan.Peristiwa ini di jadikan oleh Imam Syafei di hujahnya bahawa ketaatan kepada pemimpin itu adalah bersyarat.